Sunday, December 30, 2012
"kalau kau jatuh hari ini, aku tak mahu hulur tangan lagi,
cukup sekali, maka jikapun kau mati, aku akan butakan hati,
paksa diri untuk tak peduli hingga akan tiba benar suatu hari,
aku benar sekali tak peduli, maka jangan sekali, kau ungkapi,
kenapa aku begini, kenapa aku tak punya hati, bilamana semua terjadi,
bila kau tikam aku mati di hati"
cukup sekali, maka jikapun kau mati, aku akan butakan hati,
paksa diri untuk tak peduli hingga akan tiba benar suatu hari,
aku benar sekali tak peduli, maka jangan sekali, kau ungkapi,
kenapa aku begini, kenapa aku tak punya hati, bilamana semua terjadi,
bila kau tikam aku mati di hati"
"aku cukup jika kau bahagia"
siapa bilang?
manusia itu tembelang
lain di depan lain dibelakang
mahu saja aku lempang
kau yang berbelang-belang
cakapnya seindah bulan
bunga-bunganya bukan bohongan
buatnya benar sangat lakonan
katanya tusuk amat menajam
konon sayang tak perlu diucap cinta
konon ikhlas tak tampak dek mata
Friday, December 28, 2012
setiap kalinya aku fikir akan kamu
hati aku berdarah
kemudian menanah
lalu berulat memamah
setiap kali itu ialah
sesaat, seminit,sehari,sebulan,setahun
bermula hari pertama
takdir tentukan kita
pernah aku bisik diam
"kenapa tidak salah kita mati,
tika belum sempat perkataan pertama
jalinkan hubungan antara dua jiwa?"
pernah aku fikir kuat
"kenapa tidak salah kita mati,
tika belum sempat takdir tertulis
nama kamu disebelah aku?"
lihat,
ada lubang,
hati aku sudah tak sempurna.
Thursday, December 20, 2012
Wednesday, December 19, 2012
bicara kau selalu menghiris halus hati aku
tengking kau buat aku berdendam
maki diam kau buat aku perlahan mati
cara kau buat aku lemas dalam nafas sendiri
namun dia masih disitu
berdiri gagah menahan kau
meniarap lelah menyaji kau
berlari laju menyiap kau
kau buta?
tangkas saja aku ingin buang kau
lekas saja lidah aku ingin bidas maki kau
namun langkah aku perlahan dengar redup suara dia
bidas aku hapus nampak sembab mata dia
dengar,
degup jantung aku tak sabar,
untuk kau mati seperti mati dia.
tengking kau buat aku berdendam
maki diam kau buat aku perlahan mati
cara kau buat aku lemas dalam nafas sendiri
namun dia masih disitu
berdiri gagah menahan kau
meniarap lelah menyaji kau
berlari laju menyiap kau
kau buta?
tangkas saja aku ingin buang kau
lekas saja lidah aku ingin bidas maki kau
namun langkah aku perlahan dengar redup suara dia
bidas aku hapus nampak sembab mata dia
dengar,
degup jantung aku tak sabar,
untuk kau mati seperti mati dia.
Sunday, December 16, 2012
dalam akal aku
aku benci kau beribu kali
aku bunuh kau berkali-kali
aku jarak kau berjuta kaki
aku buang kau secara hakiki
tapi hati aku
buat kebal pada luka
buat buta pada sengketa
buat tuli pada dusta
buat sayang pada lara
*ada orang cakap geli ahh!
suka hati ahh! :)
tapi suka ahh..
apa benda lah.
Saturday, December 15, 2012
bila aku tengok dinding
kadang-kadang aku rasa dia jeling
"apa?"
laju saja aku tanya
"manusia ni ada berapa dinding agaknya,
sebelum muka betul dia?"
dinding tengok aku, "kenapa?"
"saja"
dinding tengok aku, "kau rasa?"
"tak rasa apa-apa"
dinding tengok aku, "kenapa?"
"tengok banyak sangat drama"
dinding tengok aku, "padan muka."
"celaka."
Thursday, December 13, 2012
Wednesday, December 12, 2012
ada dulu, bukan hari ini,
aku ingin sorokkan muka ini,
diantara leher dan bahu kau,
diantara celahan rambut kau.
ada dulu, bukan hari ini,
aku ingin lelapkan diri ini,
diantara dua tangan kau,
diantara bisik tenang kau.
ada dulu,bukan hari ini,
aku ingin dengari,
diantara bibir kau,
diantara kata kau.
"takpa, aku sayang kau."
Tuesday, December 11, 2012
kalau aku bisikkan pada kamu,
mahu kamu dengari aku?kalau aku bilang sama kamu,
mahu kamu percaya sama aku?
kalau aku tanya sama kamu,
mahu kamu jawab sama aku?
nyata
belum sempat aku bisik,
kamu sudah tak peduli,
belum sempat aku bilang,
kamu sudah menggeleng,
belum sempat aku tanya,
kamu sudah lari.
alih-alih,
semua salahnya,
di pundak aku.
"hoi !kecik-kecik tak nak mampus"
:)
Monday, December 10, 2012
kau tahu apa yang paling mengelirukan?
saat kau tahu apa didalam hati kau,
dan tiba-tiba keadaan buat kau percaya
mereka itu hanya mimpi
dan kenyataan tentang apa yang kau percaya itu tak pernah wujud.
dan kau mula berlalu dari mimpi yang kau yakin kini tak wujud
dan sekali lagi keadaan buat kau percaya
perkara yang kau sudah biarkan berlalu
punya harapan untuk menjadi sesuatu yang nyata
dan kini kau sudah tak mampu untuk menentukan arah mana harus dipilih
melangkah, berundur
mana satu?
bila kedua-duanya tetap menjerut.
saat kau tahu apa didalam hati kau,
dan tiba-tiba keadaan buat kau percaya
mereka itu hanya mimpi
dan kenyataan tentang apa yang kau percaya itu tak pernah wujud.
dan kau mula berlalu dari mimpi yang kau yakin kini tak wujud
dan sekali lagi keadaan buat kau percaya
perkara yang kau sudah biarkan berlalu
punya harapan untuk menjadi sesuatu yang nyata
dan kini kau sudah tak mampu untuk menentukan arah mana harus dipilih
melangkah, berundur
mana satu?
bila kedua-duanya tetap menjerut.
Saturday, December 8, 2012
nasihat dia,
jangan dipuja duit manusia
jangan dipuja pangkat durjana
jangan dipuja harta tak kemana
jangan dipuja-puja kelak dihina
semakin tunduk memuja
aku manusia makin gila lihat dunia
kau juga? kita sama
memilih laluan menuju neraka
tarik aku
tarik aku
tarik aku
tarik aku
jangan sendiri-sendiri masuk syurga
Thursday, December 6, 2012
menghantar fikiran dan perasaan aku.
kalau sampai, cepat khabar pada aku.
nanti aku tahu, engkau sudah ketahu.
hitam semalam buatkan aku haru biru.
sampai takut esok tak ketemu seperti dulu.
haila haila aku ini memang celaru.
seminit aku benci, seminit aku sayang campur rindu.
pernah kau rasa bengong dengan apa kau rasa?
ada satu masa, aku gila dengan apa aku rasa.
Monday, December 3, 2012
Sunday, December 2, 2012
kawan lama.
jumpa,cakap dan tengok kawan lama
rasa dia macam kena campak dalam laut
lambung naik ke awan :)
itu rasa aku
gembira dan bebas
cakap bukan main lepas
kawan lama yang kau kenal sejak berak dalam kelas
dan kelak sudah ada anak berbelas
kawan lama yang takkan pernah ada
wujud tentang dia pada yang lain
kawan lama yang pegang tahu pahit kau
namun masih kukuh tak dimakan masa
kawan lama yang tahu apa kau perlu walau seabad tak jumpa
15 tahun,kawan lama, aku cinta.
aelisya jasmin jan, you are beautiful as always.
hari ini dia bergelar seorang isteri
4 jam sudah dia menjadi milik seseorang
aku lihat ke arah pelamin putih bersulam biru
jauh sudah masa tinggalkan kitakan?
semoga seluruh bahagia milik kamu.
* orang sudah bisik-bisik, aku pula bila.
aku senyum saja,
dalam hati, " menunggu pembawa syurgaku bersedia ;) "
4 jam sudah dia menjadi milik seseorang
aku lihat ke arah pelamin putih bersulam biru
jauh sudah masa tinggalkan kitakan?
semoga seluruh bahagia milik kamu.
* orang sudah bisik-bisik, aku pula bila.
aku senyum saja,
dalam hati, " menunggu pembawa syurgaku bersedia ;) "
Subscribe to:
Posts (Atom)