Tuesday, January 29, 2013

kau tahu,
mengapa diasak aku?
sakit aku, lelah aku
kau pernah telah lihat,
kenapa masih diasak aku?
kenapa diasak akan aku?
setelah aku juangkan
hati yang aku tahu semakin mati,
setelah aku perangkan seluruh kudrat diri,
untuk sesuatu yang aku tahu makin mati,
setelah aku luruhkan semua maruah dan harga diri,
kau tahu,
mengapa masih diasak aku?
mengapa hanya aku yang berasak?
kenapa?

desakan halus kau buat aku sesak,
biarlah aku timbang-timbang
biarlah aku buai-buai
biarlah aku tepuk-tepuk
bahagia dan gembira aku sendiri,
aku tak perlu tangan kau untuk memimpin
andai engkau enggan.
dan pergilah kau ayun-ayunkan
ampung-ampungkan bahagia dia.

Monday, January 28, 2013

rupanya rasanya indah
saat kau sedar hidup ini
bukan hanya gelanggang bertinjunya
benci dan dendam
hanya untuk buktikan pada marah
siapa lebih hebat.

rupanya rasanya indah
saat kau tahu hidup ini
punya ramai mereka yang hadirkan
apa yang kau panggil bahagia
secara percuma, tak perlukan bayaran
hanya perlu satu, senyuman
dan mereka berikan ketawa

rupanya rasanya indah
saat kau tahu hidup ini
penuh cabaran yang kau perlu hadapi
dan selagi kau kuat dan gagah menangkis
selagi kau tersenyum dan ketawa
akan adanya hadiah dariNya
yang meski ke hujung dunia belum tentu kau terjumpa

rupanya rasanya indah,
saat kau sedar hidup ini,
kau perlu hidup dalam detik yang berdetik,
dan merancang yang terbaik pada detik
yang kemudian datang
walaupun detik itu mungkin hilang

tengok hadapan.
jangan berpaling dan menangis untuk sekian kalinya lagi.
tengok hadapan dan terus berjalan.
terus mara dan mara.
depan sana, banyak lagi bahagia diselaput cabaran dan kesedihan.
kumpul tenaga dan rempuh untuk dapatkan isinya.

:)

*simply happy


Thursday, January 24, 2013

hari ini aku lihat dunia baru
dunia yang mengoncang kuat relung hati
dunia kecil yang kata dia ;
ada dimana-mana sahaja di bumi milikNya
terbuka untuk semua manusia
tanpa sempadan tanpa garisan tanpa perbezaan
sejuta itu jadinya satu untuk Dia
dunia itu ;
sehangat mentari dalam dingin pagi
dan di dalam dunia itu
benar amat segalanya indah
hari ini hari diiisi hati.




Sunday, January 20, 2013

               "cinta itu hadir, setiap kalinya aku menjeling, cinta itu hadir,
                cinta itu membunga, cinta itu mekar setaman, cinta itu seindah bulan, cinta itu
                seharum kasturi, cinta itu mewarna merah hati, cinta itu datang seiring
                bahagia syaitan.."

                lalu katanya, maaf..aku tak punya keberanian untuk cinta kamu.

perlahan-lahan direnggut kuat yang bertaut
perlahan-lahan disangkut sakit yang berikat
perlahan-lahan dipanah cinta yang membunga
perlahan-lahan ditanam benci yang membaja

perlahan-lahan kejatuhan akal yang beraja
perlahan-lahan ketakutan berani yang perkasa
perlahan-lahan kebangkitan sakit yang menjelajah
perlahan-lahan keberanian dendam yang menterjah

perlahan-lahan..

larilah sehingga ternampak akan kamu kecil kejauhan,
sebelum perlahan-lahan ingin menjadi laju tanpa sekatan.

Wednesday, January 16, 2013

untuk mimpi perempuan mahal.
untuk ingin perempuan mahal.
untuk jadi perempuan mahal.
untuk sepenuhnya perempuan mahal.

bukan murah harga perjuangan.
maka jangan dirobek-robek jiwa sudah berobekan.
usah dibanding-banding, usah berlaga-lagaan.
tertulis baik untukNya untuk semua kalian.

perempuan mahal.
perjuangan bukan kau seorang.
bukan aku seorang.
tapi berdua orang.
bertiga orang.
berempat orang.
berkita orang.

Monday, January 14, 2013

kamu hanya daki ,
yang perlu aku tenyeh sikit lagi,
dan
sikit lagi itu semakin menghampiri,
sikit lagi itu semakin cerah berseri-seri,
sikit lagi itu semakin lambung aku tinggi-tinggi,
sikit lagi,
sikit lagi perlu aku tenyeh dengan sepenuh hati.

Thursday, January 10, 2013

punya mimpi yang kian menghitam
punya impian yang kian menghentam
punya suara yang kian menghilang
punya semalam yang kian menjelang
punya diri yang kian menjatuh
punya hati yang kian merapuh

punya aku yang kian melupa
punya Dia yang kian menyapa..
punya esok yang kian menjelma
punya Dia, aku punya Dia..


"kau perlu ada
akal sendiri,
otak sendiri,
mahu sendiri,
rencana sendiri,
bukan bagai lalang,
orang ke kanan kau sibuk ke kanan,
orang ke kiri kau sibuk ke kiri,
orang berbaring bogel, kau pun sibuk berbaring bogel,
kerana kadang lalang itu buat mata gatal, buat mulut nak menyeranah,
buat hati jadi keliru nak ikhlas,
fikir- fikir bukan untuk diri kau seorang senang,
fikir- fikir sama bagi orang lain senang hati, menari-nari,
nanti bila terbesalah, mula la, 
muka masam mengalah rasa cuka,
diam kata apa aku salah, 
wahhal kau cucuk-cucuk, usik-usik hati orang dengan lalang,
tajam dan gatal kau tahu?"

suka-suka.


Wednesday, January 9, 2013

lihat kau,
dengar kau,
fikir kau,
buat aku sesak nafas.
buat aku mati terseksa.
buat aku berperang berkecai.
buat aku ingin lenyap hilang.

Monday, January 7, 2013

rupanya masih lemah saat disumpah gagah
rupanya masih menangis saat diikrar tegas
rupanya masih sakit saat dilaung kuat
rupanya masih aku, masih aku.

rupanya masih jatuh mengalah
rupanya masih terduduk gundah
rupanya masih tersedu mudah
rupanya masih.

sedalam mana sebenarnya,
rosak aku?
sejauh mana sebenarnya,
akan masa?
semahal mana sebenarnya,
harga yang perlu dibayar?

Wednesday, January 2, 2013

hipokrasi bukan permainan aku.
mudah untuk aku menyerah kalah.
senang aku kelelahan.

hipokrasi bukan permainan aku,
ingat.
macam delete tulisan pensel atas kertas,
semudah itu aku harap aku mampu buat,
untuk padam nama kau yang terukir megah,
sayang seribu kali sayang, nama kau ialah tatu,
walau aku bayar ribuan wang untuk hilangkan warnanya,
masih bekas itu elok terukir jelas dimata selamanya,
maka derita aku juga harus selama mana mata ini melihat,
penyeksaan pada akal dan jiwa yang punya agenda nyata
mendera diri aku untuk menyatakan gembira
menyeksa diri aku untuk menyatakan bahagia
maka perlu tiba masanya aku jujur pada diri
maka harus tiba tikanya aku ikhlas pada hati sendiri
tapi masih belum kelihatan tarikh itu, masih jauh aku teka