Sunday, March 31, 2013

aku ingin tanya, "puas hati?"
kalau masih tak,nanti kau bunuh diri sendiri,
senang,kebumi sendiri diri.

rasa nak lempang,
takpun terajang,
nasib baik kau anak orang,

tak,tak, aku tak berani korang,
tak berani nak lempang,
jauh terajang,

kang aku yang pailang,
kau sayu-sayu depan, lain pula belakang,
aku cakap, jangan berbelang-belang,

senang,
nampak aku, kau ghaib siang-siang,
aku tak nak buat dosa, jauh nak bagi pelempang.

*kasar bahasa sebab aku hilang bahasa bila jiwa kena dera*
  last day of march, is a curse. 

Saturday, March 30, 2013


dan tidak bohong kalau aku katakan,
aku suka bagaimana hidup aku,
ajar aku untuk jadi manusia,
yang punya hati.

Friday, March 29, 2013





ini aku yang akan pulang ke tempat luka,
tapi guna jalan baru,
bukan highway yang selalu,
setelah kumpul semua kuat,
hanya nak pasakkan diri aku,
pada mimpi-mimpi aku,
cukup sekali aku biar pasak aku goyang,
takpa,bertatih semula,
aku diam-diam,
aku badang,

Thursday, March 28, 2013

terlalu banyak mimpi yang datang
minta ditunaikan
juga terlalu banyak sialan
dikanan dan kiri setiap mimpi

tunjukkan aku jalan pintas.
rimas.

Wednesday, March 27, 2013

masih jauh jalan kamu
untuk kenal aku,

benar teka kamu,
hati aku mudah diluka,

hati aku sekeping ini,
boleh saja kamu hentak
ranap ia jadi cebis,

lupa kamu,
hati aku sukar digoncang.
teguh ia,
kamu tak punya itu.

Sunday, March 17, 2013

ego engkau
buat aku muak, muntah,
lagi busuk dari tahi.
kata mereka,
ada satu bintang di angkasa,
jika kau lihat ia,
cepat-cepat pejamkan mata,
nanti dia tunaikan minta.
dan aku pandang lama,
kelangit pada satu malam biasa,
mungkin kah benar kata mereka?
bintang itu benar wujud di angkasa?
kerana aku punya pinta,
yang bukan sekadar pinta biasa.
lama..
tapi bintang itu tak muncul juga,
bagaimana harus aku minta..?

pinta aku,
dan
kata mereka jangan nyatakan.
manusia lain tak boleh dengar

nanti bintang tak nak muncul terus.

Monday, March 11, 2013

amatlah sengsaranya untuk aku lihat bibir kau bergerak,
apatah lagi tersenyum bila lihat kau bercerita,
bertuli juga telinga, saat aku dengar
kau pertikaikan tentang sejarah dia, atau sesiapa,
berdenyut sendi yang ada dalam segenap kepala aku 
untuk beri arahan,agar aku tetap saja tegak berdiri..
kau bukan dia, kau bukan aku, 
kau hanya kau yang juga tak sempurna tapi buta

Wednesday, March 6, 2013

hingga ke hujung dunia, 
walau meredah malam gelita,
kalau engkau katakan pada aku,
kau mahu aku turut serta,
pasti aku beri semua ,hati juga raga.

Monday, March 4, 2013

harapan.

oh, lupa.
kat mana ya aku tertinggal..?
aku pusing-pusing,
aku berpatah balik,
tapi tak jumpa.

kat mana aku letak?
aku tak ingat.
kau tahu apa itu harapan..?

diri depan aku,
lihat mata aku,
itu harapan yang kau nampak.

Saturday, March 2, 2013

Paces Untrodden



entah pada apa,
yang buat aku
jatuh cinta pandang pertama, kedua, ketiga,
dan ke-berkali-kali,

bawa aku terbang,
dari tanah kering
menyelusuri pohon tinggi
menembusi celahan daun
dan menyentuh awan.

bawa aku terbang
diantara halus cahaya mentari
biar aku resap hangatnya..
seperti yang kau rasa saat
cahaya itu menyentuh lembut
wajah kau,
rasa itu, aku teka, kau tahu.
ini pesan kecil aku pada kamu,
mungkin tika kamu tahu,
kamu akan tahu.

pesan kecil aku,
simpan cinta untukku itu,
dalam bekas kedap udara,
nanti tak berkulat
jangan dibuka
jangan biar ia berbicara
nanti aku lari, cinta kamu sudah dicalari
nanti semua basi.

cinta untukku itu kata kamu,
mungkin sebenarnya, milik
dia yang masih belum kau temu,
pesan aku,
simpan dulu cinta untukku itu dalam balang kaca,
jangan jatuhkan,
jangan pecahkan,
nanti cinta itu bergolek-golek,
kotor,
nanti masuk kuman, rosak.

pesan aku,
cinta untukku itu masih,
masih belum milik aku,
meski kau sudah ukir namaku,

dan pesanku,
aku masih belum janjikan,
cinta aku ini milik kamu.

Friday, March 1, 2013