Monday, October 21, 2013

kau tak pernah peduli
aku dan rosak hati
kau sibuk ubati dia
dan aku jauh sekali
mahu makan hati
sebab aku faham
konsep demokrasi
dan pilihan kondisi, tapi;

bila kau mula
korek korek
cungkil cungkil
kuis kuis
hati milik aku sama
kuku milik kau
aku mahu tanya ;
adakah hati aku
tak punya harga?
adakah hati aku tak lerai
jadi sekeping sekeping seperti dia?
adakah hati aku
tak rosak suis jiwa?
adakah hati aku
tak perlu pujuk pujuk rasa?

aku rasa kau tahu ;
aku tak pernah okay
dengan kuku kau
korek korek
cungkil cungkil
kuis kuis
hati milik aku
penat aku ubat sorang sorang
pakai air mata selaut kolam renang
penat aku peda dengan rayuan
pakai kebal besi kalis perasaan
maka aku tak pernah okay
kau usik usik hati aku

aku mohon; mohon Tuhan
balas tunai.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.