Monday, November 11, 2013

apa yang patut aku lirikkan
dengan nada dan kata?
dan apa yang patut aku nyanyikan
yang punya sayang bertitip cinta?
bila semua rasanya dusta
berbayu sakit ke jiwa
dan apa masih tinggal dihujung jalan?
masih punya jiwa 
mahu menawan rasa?
atau semua sudah berdebu debu
belum sempat berbunga?
dan kita satu-satu
seorang-seorang
disemakin menghujung cerita,
kenapa hilang
ramai-ramai
yang punya dimula cerita?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.