Friday, November 30, 2012

30 november.

30 november ini

aku bangun pagi pada wajah paling indah dalam dunia 
aku bangun dengan perasaan tak terungkai perkataan
aku bangun pada buih-buih mimpi semalam yang belum padam
aku bangun pada jiwa yang penuh

30 november ini seperti mimpi.

Thursday, November 29, 2012

semalam aku tengok cerita cinta
jalan-jalan hero jumpa heroin
hero mengorat heroin
heroin buat jual mahal
hero pujuk bagi bunga ros
hero kata cinta
heroin tak nak percaya
hero bagi pisau
suruh belah hati
heroin menangis
lagu hindustan dibuka
kalau aku jadi pengarah
betul-betul aku suruh belah.
fantasi dibuat inti realiti

kita.

hari 1234567

hari satu
aku tonton cerita cinta
hari dua
aku tonton cerita cinta
hari tiga
aku tonton cerita cinta
hari empat
aku tonton cerita cinta
hari lima 
aku tonton cerita cinta
hari enam
aku tonton cerita cinta
hari tujuh
muntah,pengsan tak bangun-bangun.

Wednesday, November 28, 2012

aku beritahu

nak tahu?

otak aku
jantung aku
hati aku
telinga aku
ayat aku

asyik tulis
kamu, kamu,kamu
aku beritahu,
aku tengah beritahu
kalau kamu google "aku beritahu"
kamu tahu apa aku mahu kamu tahu

tapi kamu mana tahu
aku nak kamu google "aku beritahu".


jum gelak hahaha

semua orang ada cerita
semua orang ada rasa
sebab dunia ni sama
belek sini belek sana
kadang-kadang jemu juga

lupa,
apa aku nak cerita?

ah,
semalam baca fynn jamal,kenal?
aku tak berapa kenal
tapi ayat dia dalam kepala,kekal!
aku suka apa dia kata
dalam dunia ni kata dia
kawan itu bullshit semua
itu kata dia ya 

kata dia,
aku qoutekan ya,
"kenalkan tipah kat munah,
last-last tipah rembat munah,
kita makan sorang-sorang dalam jamban"
apa lagi ya,
ahh
"zaman sekarang takda istilah kawan.
semua tu bullshit,
jawabnya beli jamban mahal,
sorang-sorang puas hati,
berak baring."
aku baca, aku gelak hahaha

itu satu drama
dalam penciptaan dunia
aku percaya,
separuh cerita dia,
kawan aku baik-baik semua,
makan dalam jamban?tak pernah cuba

*kawankan bunga?
  mana ada orang tak suka bunga?
  bunga tahi ayam pun tetap bunga.



Tuesday, November 27, 2012

perasaan.

perasaan itu,
bila hujan
dan kau dengar
lagu kesukaan dia
perasaan yang wujud itu
rasanya bagai
angin pagi menyapa pipi
tatkala kau memandang ke laut
sambil memegang secawan kopi.


*siapa rasa, tahu. :)

Thursday, November 22, 2012

Tuesday, November 20, 2012

takkan pernah mati.

tanah kering merekah
basah disimbahi darah
sekian bumi itu bergegar
tangis masih tegar
nadi berhenti
nyawa berhenti
perjuangan belum mati.

belum mati.
belum mati.
belum mati

takkan pernah mati.

* kita, masih belum merasa apa-apa,
    masih makan,
    masih minum,
    masih seperti biasa,
    masih gembira,
    masih melayan cerita,
    masih biasa, 
    seperti tiada apa,
    seutus doa, setidaknya untuk mereka 
   "ya..?"
   tempelak untuk aku juga
   yang lupa. yang masih biasa.
   yang tak merasa apa-apa.
 

Monday, November 12, 2012

amarah ini pada siapa?
amarah ini marak menyala.
amarah ini pada siapa?
amarah ini merah saga.
amarah ini pada siapa?

 batu?
pokok?
angin?
langit?

 aku ingin pejamkan mata
amarah ini sedang hancur segala
yang aku bina
aku ingin lelap
malap, malap, gelap terus lelap
amarah ini untuk siapa?
jantung aku pecah
hati aku pecah
masih amarah ini tak tahu lelah.
amarah ini untuk siapa?

syaitan,
bawalah kemana mana
aku tak punya kudrat jam ini.

Sunday, November 11, 2012

belum pasti

gementar.
takut.
cemas.
lupa.
menangis.

satu cubaan gagal.

gementar.
takut.
cemas.
lupa.
menangis.

belum pasti.

Saturday, November 10, 2012

titik hujan.

sabtu, belajar bawa kereta. 
pusing-pusing.
hujan. 
aku tenung titik-titik hujan yang turun dari cermin.
dari atas langsung terus jatuh kebawah. 
hidup kita sesingkat itu mungkin, 

lahir kemudian mati.

takut menghadapi satu lagi hidup dengan capai akal yang entah bila mahu dewasa.


Saturday, November 3, 2012

Dia.

percaya pada Dia.
percaya pada Dia.
percaya pada Dia.

yakin pada Dia.
yakin pada Dia.
yakin pada Dia.

walau hati engkau sakit
walau hati engkau hancur
walau hati engkau mati
walau hati engkau lenyap

jiwa,hati,rasa,perasaan.
itu ujian.

percaya Dia.
yakin Dia.

ingin

ingin mencari,
dihadapan aku gurun yang kosong
ingin aku kejar
dihadapan aku jalan mati
ingin aku peluk
dihadapan aku bayang-bayang

ingin aku..
hilang.

Thursday, November 1, 2012

sejengkal

sejauh mana telah kita lalui?
sejauh mana telah kita pergi?
sejauh mana telah kita fahami?
sejauh mana telah kita kecapi?

sejauh mana telah kita membesar?

sejengkal cuma,
mungkin.
sejengkal.
sejengkal.

sentap!

penawar racun ayah, bulan emak.

penawar racun ayah.
bulan emak.

andai anakmu punya kuasa,
inginku petik bulan bintang di angkasa,
ayah diatas bulan terang,
emas dipagar bintang-bintang,

andai puterimu punya kuasa,
ingin anakanda bina istana,
ayah raja dunia kita,
emak permaisuri jelita,

andai penawar ayah, bulan emak, punya kuasa,
inginku beli seluruh bahagia di dunia,
hadiah ayah akan syurga,
hadiah emak akan cinta.

penawar racun ayah,
bulan emak.
oh,
rindu hingga ke bintang
tak terbilang.