hanya dengan bayang kau,
cukup untuk bunuh aku,
sakit-sakit yang pelan-pelan aku ubat,
nanah dia mencurah-curah keluar,
magnet.
tarik habis sampai aku bogel,
tahu rasa bogel?
gembira yang aku angkut pelan-pelan,
buat bumbung, buat dinding, buat lantai hati aku,
ranap tinggal hanya darah bertakung.
sekarang, kena mengangkut balik.
hebat.
lubang kau buat memang nostalgia habis.
sila ghaib.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.