kalau aku ada permintaan
dan kalau aku katakan
pada bintang-bintang
lalu dikabulkan
jadi kenyataan,
kau tahu apa?
aku mahu lihat
ketawa kau bersatu bersama malam
ketawa kau bercatu sama siang
mungkin agaknya sebab itu wujud,
Kalau.
Thursday, June 27, 2013
Monday, June 24, 2013
Tuesday, June 18, 2013
hari ini,
kau tahu,
macam-macam perit,
cuma manis yang kurang.
dan juga,
semua kembali.
berlingkaran.
dan kenapa,
saat aku harap kau mati,
dan saat kau harap semua tak terjadi,
dan kenapa, aku tanya,
tidak kita hanya saling berpeluk?
dan kembali tidur berpegang tangan,
dan kembali bercerita tentang bintang,
dan kembali saling mencinta,
dan kembali kepada kita.
dan saat kita berpaling,
dan saat kita bersoal,
masa itu hilang.
masa itu tamat.
dan aku tanya,
adakah kau bahagia?
kerana aku tidak,
cuma cuba untuk bahagia,
setelah hilang semua masa.
dan aku tanya,
adakah kau rindu?
kerana aku harap tidak,
cuma cuba bahagia,
setelah hilang semua masa.
Friday, June 14, 2013
ada satu hari waktu aku cuti,
aku jalan-jalan pasar malam,
dengan mak,
jalan berdua,
dari mula pasar malam sampai hujung pasar malam,
tak panjang, kurang dar 100 meter, lebih dari 50 meter,
antara, tengah-tengah, tak pasti.
kali pertama, berdua,
dengan mak jalan-jalan pasar malam seumur 22 tahun aku,
pasar malam kat tempat aku, bukan macam kat jb, or kl
bukan pasar malam bandar, pasar malam kampung,
pasar malam orang-orang kampung.
pasar malam yang kau jalan 10 meter kau jumpa orang yang kau kenal,
tegur, salam bergurau.
jalan lagi 10 meter, jumpa lagi..
pasar malam yang hanya 10 minit jalan jadi berjam.
pasar malam yang penjual dia orang yang kau kenal,
kau beli ikan sekilo dia bagi free lagi empat lima ekor
yang pembeli dia jiran sebelah rumah,
yang mak cik pak cik kau makan kat gerai bihun sup,
yang kau lari-lari salam, makan barang sesuap dua,
pasar malam, yang bawa aku semua memori tentang ayah.
sebab pasar malam ni tempat favourite dia,
yang aku dah tak jejak sejak sekolah menengah.
yang buat aku nak nangis kat tengah-tengah orang berbargain,
yang buat aku nak nangis sambil pegang tangan mak jalan-jalan,
yang buat aku nak nangis,
sebab aku makin tak ingat masa terakhir aku jalan pasar malam dengan ayah.
beli, balik, bukak tv, makan berdua dengan mak, sambil gelak.
"mak ni hidup pun dah tak lama, tak tau bila masa nak mai"
aku teringat ayat mak dalam satu hari masa aku cuti.
macam ayat ayah.
yang tak pernah cakap,
kali pertama cakap,
jarang-jarang cakap,
selalu cakap,
jadi.
ayat mak,
kali pertama cakap.
tolong jangan,
aku masih hancur.

Subscribe to:
Posts (Atom)