kau tahu,
macam-macam perit,
cuma manis yang kurang.
dan juga,
semua kembali.
berlingkaran.
dan kenapa,
saat aku harap kau mati,
dan saat kau harap semua tak terjadi,
dan kenapa, aku tanya,
tidak kita hanya saling berpeluk?
dan kembali tidur berpegang tangan,
dan kembali bercerita tentang bintang,
dan kembali saling mencinta,
dan kembali kepada kita.
dan saat kita berpaling,
dan saat kita bersoal,
masa itu hilang.
masa itu tamat.
dan aku tanya,
adakah kau bahagia?
kerana aku tidak,
cuma cuba untuk bahagia,
setelah hilang semua masa.
dan aku tanya,
adakah kau rindu?
kerana aku harap tidak,
cuma cuba bahagia,
setelah hilang semua masa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.