seluruh anggota badan diam.
pejam mata.
ingin lupa.
enggan terima.
pejam mata.
ingin lupa.
biarkan kenyataan.
pejam mata.
ingin lupa.
sakit.
mengerti?
Monday, October 29, 2012
Thursday, October 25, 2012
besar-besar ya.
aku nak jadi orang besar,
besar-besar?
ala besar-besar.
punya kereta besar,
rumah besar,
ala besar-besar.
dulu impian aku bukan besar-besar,
jauh sekali bermimpi jadi besar-besar,
betul, dulu pernah guru besar,
tanya aku, bila besar
apa yang paling aku nak kejar.
jawab aku, apa-apa pun tak nak kejar.
bila besar,
baru aku sedar
dunia sebenar besar
semua suka besar-besar
kalau kecil-kecil tak besar-besar?
katanya,itu mesti tak habis belajar
baru aku faham,kena jadi besar-besar
jiwa aku ni kecil-kecil saja
asal senyum di bibir hati bahagia
itu pun cukup dah rasa macam raja
tapi lain kata dunia
besar-besar saja pintanya.
lalu bagaimana?
bagaimana apa?
"besar-besar ya."
besar-besar?
ala besar-besar.
punya kereta besar,
rumah besar,
ala besar-besar.
dulu impian aku bukan besar-besar,
jauh sekali bermimpi jadi besar-besar,
betul, dulu pernah guru besar,
tanya aku, bila besar
apa yang paling aku nak kejar.
jawab aku, apa-apa pun tak nak kejar.
bila besar,
baru aku sedar
dunia sebenar besar
semua suka besar-besar
kalau kecil-kecil tak besar-besar?
katanya,itu mesti tak habis belajar
baru aku faham,kena jadi besar-besar
jiwa aku ni kecil-kecil saja
asal senyum di bibir hati bahagia
itu pun cukup dah rasa macam raja
tapi lain kata dunia
besar-besar saja pintanya.
lalu bagaimana?
bagaimana apa?
"besar-besar ya."
Wednesday, October 24, 2012
pelakon layar
"kenapa tidak dikhabar?"
"kau sudah jadi pelakon layar."
pelakon layar itu bagaimana?
ada dua muka?
seperti tayar
boleh ditukar-tukar.
oh!
"tahniah,"
"kau sudah jadi pelakon layar."
aku juga pandai merajuk
rupanya begitu
atau aku yang tak tahu?
benarlah begitu
runtun hatiku.
Hanya Tuhan tahu
lalu tunjukkan padaku
mungkin patut aku berlalu
sudah lama bersedu-sedu
aku juga pandai merajuk
khuatir untuk aku tunjuk
tapi aku juga merajuk
pusing-pusing tiada yang memujuk.
atau aku yang tak tahu?
benarlah begitu
runtun hatiku.
Hanya Tuhan tahu
lalu tunjukkan padaku
mungkin patut aku berlalu
sudah lama bersedu-sedu
aku juga pandai merajuk
khuatir untuk aku tunjuk
tapi aku juga merajuk
pusing-pusing tiada yang memujuk.
pilihlah.
oh, oh, oh..
aku ini memang dungu,
bersayu-sayu,
merayu-rayu,
oh si dungu.
itu bom,
ambillah,
baling saja,
biar tepat,
biar meletup.
itu pistol,
tembaklah,
picunya disitu,
biar kena,
sasarnya jantung aku.
pilihlah.
atau kau inginkan pedang?
sebentar.
itu pedangnya,
peganglah,
pancung terus,
biar dihunus,
terus pada nadi di leher aku.
biar mati,
biar hati dan jiwa aku
jadi debu
naik ke langit
mana tahu
Tuhan itu simpati
nanti Dia ganti
hati dan jiwa baru.
aku ini memang dungu,
bersayu-sayu,
merayu-rayu,
oh si dungu.
itu bom,
ambillah,
baling saja,
biar tepat,
biar meletup.
itu pistol,
tembaklah,
picunya disitu,
biar kena,
sasarnya jantung aku.
pilihlah.
atau kau inginkan pedang?
sebentar.
itu pedangnya,
peganglah,
pancung terus,
biar dihunus,
terus pada nadi di leher aku.
biar mati,
biar hati dan jiwa aku
jadi debu
naik ke langit
mana tahu
Tuhan itu simpati
nanti Dia ganti
hati dan jiwa baru.
Tuesday, October 23, 2012
nah.
pernah kau rasa?
nah.
hati yang dilapah-lapah?
disiat-siat?
dipijak-pijak?
dihiris-hiris?
setelah senyum kau dirampas?
pernah kau rasa?
perasaan yang diludah-ludah?
dijilat-jilat?
dihentak-hentak?
dijilis-jilis?
setelah bahagia kau diperkosa?
pernah kau rasa?
tangis yang ranapkan jiwa?
musnahkan mimpi?
putuskan nyawa?
hancurkan hati?
pernah kau rasa?
aku ranap
bila bisanya merayap
mungkin kau ingin cuba
mana tahu kau suka
nah.
sample
kalau-kalau kau nak rasa.
Monday, October 22, 2012
siapa?
siapa itu yang berperang?
diakah yang berang?
sungguh tampak garang
gelap malam sungguh terang
siapa itu?
siapa?
Sunday, October 21, 2012
kamu, pemain hati
wahai kamu pemain hati
lupa aku khabarkan padamu
hati aku ini berlubang tembus tampak akan tulang
bukan ditembak cinta lelaki zaman silam
kerana aku tak pernah dimiliki orang
lupa aku khabarkan pada angin
aku ini perempuan yang terluka
aku ini perempuan yang hatinya sudah jadi batu
aku beri senyum sehangat mentari
tapi hati aku sudah sejuk beku mati nadi
wahai kamu pemain hati
walau diungkap sayang di bibir
aku hanya senyum berpura malu
akan di hati, aku rasa kosong
tidak tersipu jauh terpikat
hanya aku enggan engkau terkilan
wahai pemain hati,
walau sejauh mana kamu mengejar
aku tak mampu untuk berhenti menoleh
walau kau hulurkan tangan
aku tak mampu untuk balas menggenggam
kerna sudah aku khabarkan pada kamu
sudah aku khabarkan pada angin
aku ini perempuan yang terluka
aku ini pemilik hati yang sudah berlubang tampak tulang
aku ini pemilik nadi yang telah mati.
bukan aku tak balas akan cinta.
cuma cinta itu dah mati.
dan aku tak pernah ingin ada cinta.
maka aku biar ia mati.
aku ini perempuan yang hatinya sudah jadi batu
aku beri senyum sehangat mentari
tapi hati aku sudah sejuk beku mati nadi
wahai kamu pemain hati
walau diungkap sayang di bibir
aku hanya senyum berpura malu
akan di hati, aku rasa kosong
tidak tersipu jauh terpikat
hanya aku enggan engkau terkilan
wahai pemain hati,
walau sejauh mana kamu mengejar
aku tak mampu untuk berhenti menoleh
walau kau hulurkan tangan
aku tak mampu untuk balas menggenggam
kerna sudah aku khabarkan pada kamu
sudah aku khabarkan pada angin
aku ini perempuan yang terluka
aku ini pemilik hati yang sudah berlubang tampak tulang
aku ini pemilik nadi yang telah mati.
bukan aku tak balas akan cinta.
cuma cinta itu dah mati.
dan aku tak pernah ingin ada cinta.
maka aku biar ia mati.
puisi buat benci yang datang.
benci itu racun yang hancurkan jasad
memakan kepingan hati yang penat aku ikat
bersatu bersama darah menjadi hitam pekat
laksana bangkai busuk pesta si ulat
buat benci yang datang
hati ini bukan dari benih kesabaran
mudah saja untuk kau runtuhkan
tebingnya tidak bersimen
pintunya tidak bermangga
buat benci yang datang
hati ini lelah untuk menahan
mungkin patut aku biarkan saja
mengalah itu lebih senang
biar dendam dan benci
jadi raja dan permaisuri
buat benci yang datang
tidak kah kau kasihan?
pada aku yang tak keruan?
tidak kah kau simpati?
pada aku yang semakin mati?
buat benci yang datang,
aku tak punya kudrat
untuk menghalau
buat benci yang datang,
Tuhan selamatkan aku.
penakut
aku penakut yang lari
lari dan lari
belok kanan dan kiri
kemudian lari
tanpa henti
aku penakut yang lari.
aku lari dari realiti
aku lari dari hati
aku lari dari hari
aku lari dari diri
aku penakut yang lari
aku penakut yang takut akan mentari
chayanya mampu butakan mata, juga hati
aku penakut yang takut akan bulan
rembulannya mampu buat aku kelemasan
aku penakut yang lari.
lari dan lari
belok kanan dan kiri
kemudian lari
tanpa henti
aku penakut yang lari.
aku lari dari realiti
aku lari dari hati
aku lari dari hari
aku lari dari diri
aku penakut yang lari
aku penakut yang takut akan mentari
chayanya mampu butakan mata, juga hati
aku penakut yang takut akan bulan
rembulannya mampu buat aku kelemasan
aku penakut yang lari.
ingin aku pekik pada mereka
ingin aku jerit pada dunia
beritahu pada mereka
beritahu pada dunia
hidup aku bagai dihujung nyawa
bawa aku mati
bawa aku kembali
mana satu arah perlu aku lalui
aku ingin hati aku mati
aku matikan hati
aku matikan hati
perlahan, sehalus tarian
pelacur atasan
dan hampir aku tutup rapat mata yang dipaksa pejam
kau datang bawa aku dalam genggaman
siapa engkau wahai sang gerangan?
ingin aku jerit pada dunia
beritahu pada mereka
beritahu pada dunia
hidup aku bagai dihujung nyawa
bawa aku mati
bawa aku kembali
mana satu arah perlu aku lalui
aku ingin hati aku mati
aku matikan hati
aku matikan hati
perlahan, sehalus tarian
pelacur atasan
dan hampir aku tutup rapat mata yang dipaksa pejam
kau datang bawa aku dalam genggaman
siapa engkau wahai sang gerangan?
untuk dia.
sudah terlambat apabila aku tahu,
yang nyata tindak aku buat kamu begitu,
sudah terlambat untuk aku tahu,
kamu mahu, sakit atau malu begitu.
salah aku yang langkau batas yang engkau pacakkan
salah aku yang berfikir itu hanya satu gurauan
sedang ia menjalar membunuh sesuatu
yang aku sangka itu gurauan kamu dan aku.
maafkan aku?
betul.
maafkan aku.
Saturday, October 20, 2012
Sunday, October 14, 2012
pelupa yang semakin kronik
lupa dan lupa dan langkauan lupa itu makin jauh merentas landasan.makin hilang makin kelabu garis sempadan.lupa.lupa akan agenda harian.lupa akan letak barangan.lupa akan apa yang aku fikir sesaat sebelum.lupa akan apa yang aku rancang untuk esok yang akan datang.
lupa. memang ingatan aku tak pernah panjang. jangka hayat yang dijanjikan kadang buat aku susah.
susah hati.
susah diri.
tapi.
bila fikir-fikirkan balik.
mungkin ini amaran, amaran yang semakin keras. dan keras.
yang mungkin suatu hari nanti tak lagi lebur.
yang kenyataan bahawa tuan milik jantung yang berdegup ini.
semakin lupa pada Tuhan.
makin lupa.makin makin lupa.makin makin makin lupa.
semakin abaikan alunan suara untuk Dia.
semakin kurang ingatan pada Dia.
semakin hilang takut dalam sujud.
semakin banyak kebahagian melimpahi hati yang buatkan aku buta.
semakin banyak.semakin banyak kata syaitan yang jadi rujukan.
entah.
lupa.mungkin amaran.
lupa. makin lupa. makin lupa. makin lupa.
patut aku menangis dahulu atau patut aku hukum diri dahulu?
lupa.lupa lagi.
fikir, fikir, fikir.kuat.
lupa. memang ingatan aku tak pernah panjang. jangka hayat yang dijanjikan kadang buat aku susah.
susah hati.
susah diri.
tapi.
bila fikir-fikirkan balik.
mungkin ini amaran, amaran yang semakin keras. dan keras.
yang mungkin suatu hari nanti tak lagi lebur.
yang kenyataan bahawa tuan milik jantung yang berdegup ini.
semakin lupa pada Tuhan.
makin lupa.makin makin lupa.makin makin makin lupa.
semakin abaikan alunan suara untuk Dia.
semakin kurang ingatan pada Dia.
semakin hilang takut dalam sujud.
semakin banyak kebahagian melimpahi hati yang buatkan aku buta.
semakin banyak.semakin banyak kata syaitan yang jadi rujukan.
entah.
lupa.mungkin amaran.
lupa. makin lupa. makin lupa. makin lupa.
patut aku menangis dahulu atau patut aku hukum diri dahulu?
lupa.lupa lagi.
fikir, fikir, fikir.kuat.
selalu, selalu
kita, siapa-siapa, berada di antara dua
hitam atau putih,
kopi atau teh,
selalu kita gagal mengadili diri sendiri
lantasan situasi mendominasi
mengapa perempuan itu lemah hatinya
lembut pada pertimbangan
enggan kalah tapi selalu saja kalah
enggan memanjangkan cerita
tapi selalu saja penuh sengketa
mungkin seorang diantara sejuta
bukan seperti yang dicerita?
mungkin,
kau aku mereka, siapa-siapa,
mana tahu
ah, contengan murahan dari aku
pemikiran yang masih belum teratur lurus atas landasan
bingkisan dari hati yang belum matang
yang masih belum diadili akal.
kau tahu mungkin?
Thursday, October 11, 2012
sunyi hingar sepi bingar
sunyi sepi
waktu hati jumpa diri. tahu tengok tahu nilai tapi pandai diam. waktu akal selalu fikir. berpuluh-puluh muka surat..berbelas-belas batang pen..beringgit-ringgit beli buku baru.semata otak membuak dengan kata-kata.melimpah dengan pandangan.kritikal.separuh kritikal.tak kritikal.
bila hingar bingar
betul kot.cakap-cakap manusia sekeliling aku.tulisan-tulisan kat tumblr. hidup kita,semua kita.sama.kejap hitam kelabu.sunyi sepi..tukar jadi warna warni hingar bingar macam kat pasar,tawar menawar nak ikan ayam dengan harga paling murah.padahal da murah.tapi bila hingar bila bingar bila bising, hati mulai buta,akal mulai malas nak fikir.kot.bila bising.bila rancak. mula lupa diri.mula tak nak majukan diri.mula tertinggal x sedar dah jauh beribu kaki jatuh ke dasar. dah mulai malas berfikir, dah mulai penting diri.
aku mau bingar, juga sunyi, tamak..?mungkin.
waktu hati jumpa diri. tahu tengok tahu nilai tapi pandai diam. waktu akal selalu fikir. berpuluh-puluh muka surat..berbelas-belas batang pen..beringgit-ringgit beli buku baru.semata otak membuak dengan kata-kata.melimpah dengan pandangan.kritikal.separuh kritikal.tak kritikal.
bila hingar bingar
betul kot.cakap-cakap manusia sekeliling aku.tulisan-tulisan kat tumblr. hidup kita,semua kita.sama.kejap hitam kelabu.sunyi sepi..tukar jadi warna warni hingar bingar macam kat pasar,tawar menawar nak ikan ayam dengan harga paling murah.padahal da murah.tapi bila hingar bila bingar bila bising, hati mulai buta,akal mulai malas nak fikir.kot.bila bising.bila rancak. mula lupa diri.mula tak nak majukan diri.mula tertinggal x sedar dah jauh beribu kaki jatuh ke dasar. dah mulai malas berfikir, dah mulai penting diri.
aku mau bingar, juga sunyi, tamak..?mungkin.
Subscribe to:
Posts (Atom)