wahai kamu pemain hati
lupa aku khabarkan padamu
hati aku ini berlubang tembus tampak akan tulang
bukan ditembak cinta lelaki zaman silam
kerana aku tak pernah dimiliki orang
lupa aku khabarkan pada angin
aku ini perempuan yang terluka
aku ini perempuan yang hatinya sudah jadi batu
aku beri senyum sehangat mentari
tapi hati aku sudah sejuk beku mati nadi
wahai kamu pemain hati
walau diungkap sayang di bibir
aku hanya senyum berpura malu
akan di hati, aku rasa kosong
tidak tersipu jauh terpikat
hanya aku enggan engkau terkilan
wahai pemain hati,
walau sejauh mana kamu mengejar
aku tak mampu untuk berhenti menoleh
walau kau hulurkan tangan
aku tak mampu untuk balas menggenggam
kerna sudah aku khabarkan pada kamu
sudah aku khabarkan pada angin
aku ini perempuan yang terluka
aku ini pemilik hati yang sudah berlubang tampak tulang
aku ini pemilik nadi yang telah mati.
bukan aku tak balas akan cinta.
cuma cinta itu dah mati.
dan aku tak pernah ingin ada cinta.
maka aku biar ia mati.
aku ini perempuan yang hatinya sudah jadi batu
aku beri senyum sehangat mentari
tapi hati aku sudah sejuk beku mati nadi
wahai kamu pemain hati
walau diungkap sayang di bibir
aku hanya senyum berpura malu
akan di hati, aku rasa kosong
tidak tersipu jauh terpikat
hanya aku enggan engkau terkilan
wahai pemain hati,
walau sejauh mana kamu mengejar
aku tak mampu untuk berhenti menoleh
walau kau hulurkan tangan
aku tak mampu untuk balas menggenggam
kerna sudah aku khabarkan pada kamu
sudah aku khabarkan pada angin
aku ini perempuan yang terluka
aku ini pemilik hati yang sudah berlubang tampak tulang
aku ini pemilik nadi yang telah mati.
bukan aku tak balas akan cinta.
cuma cinta itu dah mati.
dan aku tak pernah ingin ada cinta.
maka aku biar ia mati.
like ONLY this one sebab yg len aq xpham..hehehehe
ReplyDeletehahha mesti mn2 part kena ngan kau! sbb tu kau phm! hehehhehehe
Delete