lupa dan lupa dan langkauan lupa itu makin jauh merentas landasan.makin hilang makin kelabu garis sempadan.lupa.lupa akan agenda harian.lupa akan letak barangan.lupa akan apa yang aku fikir sesaat sebelum.lupa akan apa yang aku rancang untuk esok yang akan datang.
lupa. memang ingatan aku tak pernah panjang. jangka hayat yang dijanjikan kadang buat aku susah.
susah hati.
susah diri.
tapi.
bila fikir-fikirkan balik.
mungkin ini amaran, amaran yang semakin keras. dan keras.
yang mungkin suatu hari nanti tak lagi lebur.
yang kenyataan bahawa tuan milik jantung yang berdegup ini.
semakin lupa pada Tuhan.
makin lupa.makin makin lupa.makin makin makin lupa.
semakin abaikan alunan suara untuk Dia.
semakin kurang ingatan pada Dia.
semakin hilang takut dalam sujud.
semakin banyak kebahagian melimpahi hati yang buatkan aku buta.
semakin banyak.semakin banyak kata syaitan yang jadi rujukan.
entah.
lupa.mungkin amaran.
lupa. makin lupa. makin lupa. makin lupa.
patut aku menangis dahulu atau patut aku hukum diri dahulu?
lupa.lupa lagi.
fikir, fikir, fikir.kuat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.